Wednesday, March 23, 2011

Don't look down on other people

“A proud man is always looking down on things and people; and, of course, as long as you're looking down, you can't see something that's above you.”

love the quotes. don't look down on other people. DON'T. i'm not saying that i'm perfect. i'm not saying that I've never looking down on other people. i'm not saying that sort of things. i'm not saying that i will not looking down on other people. i'm just saying a fact. that is what i'm trying to say.

Dalam hidup ni kita selalu jumpa bermacam-macam jenis orang. Kadang-kadang orang yg kita jumpa tu ada lebih sikit daripada apa yang kita ada. Kadang-kadang pula, orang yang kita jumpa tu, kita pula ada lebih sikit daripada dia. Apa yang lebih tu hanya kita sahajalah yang tahukan..boleh jadi apa saja yg lebih dan yang kurang tu. Tapi pernah tak kita fikir dan perasan, kadang-kadang dengan apa yang kita ada tu, kalau lebih sikit dari orang lain, KADANG-KADANG ia boleh mendatangkan perasaan riak dlm hati?mungkin kita tak perasan, mungkin juga sengaja buat-buat tak perasan. hanya kita dan tuhan saja yang tahu hati masing-masing. Ini juga sebagai satu peringatan kepada diri aku sendiri. Supaya jikalau apa yang aku ada tu melebihi daripada orang lain, seboleh-bolehnya jangan bersikap memandang rendah pada orang lain yang kadang-kadang boleh mendatangkan perasaan riak dalam hati. mungkin kita anggap org tu tak ada apa yang kita ada sekarang, tetapi manalah kita tahukan suatu hari nanti? Orang tu mungkin akan dapat melebihi apa yang kita ada sekarang ni. 

Boleh jadi apa sahaja, kadang-kadang, kita mungkin rasa berbangga dengan apa yang kita miliki, boleh jadi kita berbangga dengan kekayaan yang kita ada, mungkin juga berbangga dengan kejayaan kita, kita mungkin juga berbangga dengan kebahagiaan yang kita miliki, sehingga terkadang itu juga kita terlupa apabila berkata-kata sehingga kata-kata kita itu menghiris dan mengusik perasaan orang-orang keliling kita. Ya, kita memang patut berbangga apabila segala penat lelah kita berusaha akhirnya membuahkan hasil, kita berusaha dengan keras, kita juga patut mendapat pujian atas segala yang kita usahakan. Tetapi, kita juga perlu fikirkan yang kekurangan yang ada dalam diri orang lain itu bukan semestinya kehendaknya. mungkin dia juga ingin miliki apa yang kita miliki, bukan dia tidak berusaha, tetapi hanya kerana sesuatu yang bernama REZEKI itu belum lagi miliknya.  Hanya Allah sahaja yang tahu. kita hanya berusaha bukan?mungkin usaha kita membuahkan hasil pada kali ini tetapi orang lain tidak. dan kita juga perlu sentiasa ingat, mungkin juga pada lain kali, usaha orang lain akan membuahkan hasil tetapi tidak kita. kita tidak akan sentiasa berada di atas. ada masa-masanya kita akan berada di bawah juga. bagaimana pula perasaan kita ketika itu jika orang lain pula memandang rendah terhadap kita?


No comments: